Suatu hari, seorang gadis (A) mendapat panggilan daripada seorang kawan (B) :
A & B : Bla..bla..bla..bla...
B : Nanti jangan lupa eh datang wedding aku.
A : Mana blh luper, kau kan kawan aku.
B : Yelah, kalau kau tak datang, kita putus kawan!(dalam nada serius)
A : InsyaAllah, aku datang.
B : Kau pulak biler nak akhiri zaman bujangnyer?
A : Belum sampai seru...(perlahan jer bunyiknyer)
B : Eleh, kau yang memilih sangat. Mamat Honda Civic tu dengarnya frust giler bila kau rejek dier, betul ke? Apa citer?
A : Yeke? Aku tak tahu pulak. Aku bukan tak suka die, tapi.....
B : Tapi....?
A : Entah, aku pun tak tahu apa yang aku cari bila datang bab2 cenggini.
B : Jangan lama sangat cik adik ooi. Nanti jadi andartu, lagi naya.
A : Tahu lah dia tu nak jadik puan tak lama lagi, janganlah perli2 plak.
B : Aku gurau jelah. Aku kadang2 risau tengok kau. Aku kalau boleh nak kawan aku nie ada seseorang yang boleh jaga kau. Kau tu...
A : Aku apa? Banyak bunyik pulak minah nie. InsyaAllah, nanti kalau aku nak kahwin, aku inform satu Malaya okey? Aku banyak kerja nie. Nanti kita borak lagi. Assalamualaikum.
B : Waalaikumsalam...
Apa yang dicari oleh si gadis dalam memilih pasangan?
Walaupun si gadis itu sendiri sebenarnya tidak tahu apa yang dia mahu, tapi dalam hatinya dia pasti mahukan yang...
- Telah ditakdirkan khas untuk dirinya.
- Lelaki yang boleh menjadi imam dalam semua perkara sepanjang hayatnya.
- Lelaki yang selalu ada untuknya.
- lelaki yang mencintai dirinya kerana Tuhannya.
- Lelaki yang boleh memimpinnya mencari jalan ke syurga.
- Seseorang yang bersamanya semasa susah ataupun senang.
- Yang memilih pasangannya bukan kerana rupa, harta ataupun fizikalnya.
- Bukan yang berharta, tapi yang akan bersama2nya mengumpul harta untuk mereka berdua.
- Lelaki yang tahu tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga.
- Lelaki yang baik kepada gadis yang baik.
Dapatkah si gadis mencari lelaki seperti yang diinginkan olehnya?
"Bukan lelaki sahaja yang perlu mencari wanita idamannya, wanita juga perlu berbuat perkara yang sama kerana lelaki yang baik umpama sekeping syiling emas dalam timbunan syiling perak"
No comments:
Post a Comment