Friday, September 30, 2011

Aku nak kahwin pada tarikh 11.11.11!!


Kebanyakan couple mesti pilih nak kahwin tarikh yang cantik kan? contoh macam 10.10.10 atau 09.09.09. yelah, sekali seumur hidup kan. untuk tahun 2o11 nie, of courselah 11.11.11. tarikh nie memang cantik esp bila jatuh hari jumaat. kalau boleh, nak lah ambik berkat pada hari penghulu hari...

Actually, iera belum nak kahwin lagi..hahaha..saja buat tajuk cenggini. bukan iera pun yang nak kahwin, tapi "kawan" kita nie (entah sape2 entah) yang obses kot dengan tarikh cantek nie.

Tak percaya? tengok nie...


nota sang penulis


Iera jumpa note nie masa tengah belajar law. dieorang tulis atas meja yang iera guna tu. korang nampak ngan jelas tak? takpe, iera bagi jelas kat korang.

Masa : 11.11 pagi
Mas kahwin : RM 11.11
Tarikh: 11.11.11
Hantaran : RM 11.111.11

Die dah siap prepare dah masa, mas kahwin, tarikh n hantaran berapa nak bagi. ish..ish..ish.. korang ni pun. datang uitm nak belajar ker, nak cari calon? tahu lah student kat ipt nie kadang2 ramai yang single n available. jangan kantoi n tak dapat grad sudah.

Okey, kepada student2 out there, jangan foll0w "jejak" si penulis nie, ok? follow blog iera, tue takper..hahaha...

*kalau kawin tarikh cantik, tapi rumahtangga tak secantik rumah pun nak bwatper kan?*


Wednesday, September 28, 2011

Si Gadis Menanti Prianya


Suatu hari, seorang gadis (A) mendapat panggilan daripada seorang kawan (B) :


A & B : Bla..bla..bla..bla...

B : Nanti jangan lupa eh datang wedding aku.

A : Mana blh luper, kau kan kawan aku.

B : Yelah, kalau kau tak datang, kita putus kawan!(dalam nada serius)

A : InsyaAllah, aku datang.

B : Kau pulak biler nak akhiri zaman bujangnyer?

A : Belum sampai seru...(perlahan jer bunyiknyer)

B : Eleh, kau yang memilih sangat. Mamat Honda Civic tu dengarnya frust giler bila kau rejek dier, betul ke? Apa citer?

A : Yeke? Aku tak tahu pulak. Aku bukan tak suka die, tapi.....

B : Tapi....?

A : Entah, aku pun tak tahu apa yang aku cari bila datang bab2 cenggini.

B : Jangan lama sangat cik adik ooi. Nanti jadi andartu, lagi naya.

A : Tahu lah dia tu nak jadik puan tak lama lagi, janganlah perli2 plak.

B : Aku gurau jelah. Aku kadang2 risau tengok kau. Aku kalau boleh nak kawan aku nie ada seseorang yang boleh jaga kau. Kau tu...

A : Aku apa? Banyak bunyik pulak minah nie. InsyaAllah, nanti kalau aku nak kahwin, aku inform satu Malaya okey? Aku banyak kerja nie. Nanti kita borak lagi. Assalamualaikum.

B : Waalaikumsalam...


Apa yang dicari oleh si gadis dalam memilih pasangan?
Walaupun si gadis itu sendiri sebenarnya tidak tahu apa yang dia mahu, tapi dalam hatinya dia pasti mahukan yang...

  • Telah ditakdirkan khas untuk dirinya.
  • Lelaki yang boleh menjadi imam dalam semua perkara sepanjang hayatnya.
  • Lelaki yang selalu ada untuknya.
  • lelaki yang mencintai dirinya kerana Tuhannya.
  • Lelaki yang boleh memimpinnya mencari jalan ke syurga.
  • Seseorang yang bersamanya semasa susah ataupun senang.
  • Yang memilih pasangannya bukan kerana rupa, harta ataupun fizikalnya.
  • Bukan yang berharta, tapi yang akan bersama2nya mengumpul harta untuk mereka berdua.
  • Lelaki yang tahu tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga.
  • Lelaki yang baik kepada gadis yang baik.

Dapatkah si gadis mencari lelaki seperti yang diinginkan olehnya?



"Bukan lelaki sahaja yang perlu mencari wanita idamannya, wanita juga perlu berbuat perkara yang sama kerana lelaki yang baik umpama sekeping syiling emas dalam timbunan syiling perak"


Monday, September 26, 2011

Bibir pecah??



Korang pernah tak alami camne rasanyer bile bibir pecah akibat kering n then ia mengelupas? iera pernah n sampai satu tahap tue berdarah n luka. pedih nyer tok sah cakap lah. memang seksa sangat2 sampai ada sekali tue time kluar gi pasar malam, orang tengok semacam jer. iera rileks jer, tapi rimas biler orang asyik dok pandang kita serupa kita nie alien yang sesat n pakai baju clown tengah2 orang ramai.

Selain kurang minum air (memang malas kadang2), ada satu sebab yang iera confirm penyebab kenapa bibir iera jadi teruk tahap cenggitu. sebabnya...iera memang alah, alergik n tak boleh pakai segala jenis jenama pelembap bibir baik yang murah atau mahal. dari lipstik, lipbalm, lipsice and segala macam lips lah.

Tapi sekarang nie, iera memang pengguna setia untuk satu jenama pelembap bibir nie. bagi iera ia murah, selamat, n dijamin memang akan selalu ado dalam beg iera. nak tahu aper dier? iera guna yang ini....(sila skrol ker bawah....)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Incik "vaseline"


Iera start guna nie lepas alami episod mengerikan yang mana memang iera rase cam kalau pegi shopping mana2, n ade offer lipstik mahal dengan diskaun 90% pun iera takkan pandang sebelah mata lagi. memanglah kalau boleh every woman nak bibir merah bak delima ranum n cantik coz dapat menaikkan seri wajah. tapi, dalam kes iera nie, sorry to say. saya tak nak dah.

Bukan nak boikot segala usaha pengeluar lipstik2 sedunia, tapi kalau sendiri dapat susah sebab nak cantik, ape de hal? insyaAllah, iera tetap akan setia pada incik vaseline nie...haha..(agak2,boleh tak jadi duta vaseline?)

So, kalau korang ade masalah bibir kering macam kulit ular yang baru jer lepas dapat baju baru, korang try lah vaseline nie. insyaAllah, problem korang akan setel...


Friday, September 23, 2011

Seksi giler minah tu!!


Pernah tengok tak perempuan seksi? Tipulah kalau kate tak pernah. melambak girls out there yang suka, senang hati, gumbira, gedik n sewaktu dengannya bila aset2 kewanitaannya di saksikan oleh ramai orang esp kaum lelaki. kalau dulu, tok sah haraplah. memang ade yang akan lebam bijik mata. tapi sekarang, tak mintak nak tengok pun, terang2 dapat free show.

Kalau tanya pendapat iera apa rasa jadi seksi nie, i've no anwser for that Q. nak kata kampung pun, kata lah..asalkan iera tak dapat dosa bila berkeadaan seksi-meksi tak tentu hala nie. iera percaya satu benda. mula2 mata yang melihat memang lah akan rasa sy0k, teruja, n terliur sampai naek juling mata, tapi lama2 menyampah pun ada. yelah, bukan best pun tengok benda yang "tak halal" nie. kalau gurl tue halal pada kita, itu lain cerita.

Seseorang wanita yang cantik takkan mengizinkan diri dier menjadi bahan tontonan pada orang laen. trust me, korang yang suka pakai seksi-seksa nie mesti lama2 tak selesa kalau ada mata yg dok tengok berjam2. deorang nie bukannya puji aset korang pown, saja nak tambah dosa korang jer. tak caya?fikir lah sendiri. kata dah besar kan?

Kenapa agama menyuruh kita menutup aurat?banyak sebab dik ooi! salah satunya nak lindungi diri kita dari jadi mangsa jenayah manusia2 yang tak tahu makna dosa tu apa. mungkin ada jugak yang kata, "alah, yang bertudung litup pun boleh kena rogol!" Betul, saya setuju. tapi, ini sebagai langkah berjaga2. lagi pun yang paling berharga di antara yang tercantik ialah sesuatu yang tertutup. that's why lah hadiah selalu di balut cantik2, sebab ianya terlalu bermakna bagi si pemberi kepada si penerima. kalau main bagi macam tu jer, dah hilang lah nilai keistimewaan barang tu.

Paham dok apa yang iera bebel2 kan nie? tak faham, sudah!!



Kan cantik kalau pakai macam nie. Tak seksi pun kita tahu perempuan nie cantik.



Lastly, dosa memang sendiri tanggung, coz kubur laen2. tapi, this is one of my kewajipan as a khalifah kat muka bumi nie. it may take times, tapi jangan lama sangat. kita tak tahu bila kita akan dipanggil pulang oleh-Nya..wallahualam...



Monday, September 19, 2011

me..as a student..


Agak teruja jugak biler jadi student balik nie..wawawa..suka sangat sampai tak terkata (ada d0uble meaning x?) Awal2 sem nie tak banyak bebanan, n kelas pown belum masuk tahap serius petala ke 10. tapi kalu dah tengah2 sem nnti, sendiri mau ingatlah. nak nangis pown ado!! buat sementara waktu ni, iera boleh lagi bersantai-mantai sambil membayangkan berjalan2 di tepi pantai..tu yang hati senang-lenang sket tu..hahaha..


rupa budak skema yang tengah kusyuk menelaah buku tebal sampai tak perasan ade insan yg candid gambar dier...(boleh caya ker?)



kalau dah namanya dah takde keje, posing jerlah yang iera termampu buat. macam gambar ala2 blaja kat oberseas ajo..hahaha...


for now, inilah aktiviti masa terbuang iera n kawan iera. kami memang amat bohsan kalau ade gap lama untk next class n takde benda blh dibuat..okay, got to g0. next time, ceghita lagie...

p/s : iera suka giler gambar kad matrix kali nie. rasa nak frame kan jer kat umah..^_~


Saturday, September 17, 2011

Kebebasan tanpa Sempadan


16hb 09 2011 adlh tarikh yg bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia kerana on that day malaysian celebrate 2 peristiwa penting serentak iaitu Hari Malaysia and Hari Kemerdekaan negara Malaysia. tak dapat pergi tengok real depan mata pown, suasananya tetap terasa.

Apa jadi kalau negara kita serupa keadaannya macam negara2 luar yang bergolak n nyawa setiap satu rakyatnya berada di hujung tanduk?of courselah, tak merasa kita sambut perayaan pada 16 september dengan senyuman n rasa selamat setiap masa.

Personally, saya bukan setakat bangga jadi warga Malaysia, malah teramat bersyukur bila dalam banyak2 negara di dunia nie, saya terpilih memegang kerakyatan negara Malaysia...just imagine, i was born in Somalia, Afghanistan or Manila..omg..i don't even want to think about it..

Kalau kita rasa keadaan kita dah teramat susah, ada yang lbh susah n merana lagi dari kita. tapi kalau kita rasa keadaan kita dah selesa, senang n lebih baek drpd org laen, bersyukurlah..coz tanpa izin-Nya, kita takkan dapat rasa nikmat yang ada seperti sekarang..

I totally marah sangat kalaw ada antara org2 yang memburuk2kan orang yg banyak berjasa dirinya sendiri..in other word, depan senyum, belakang kutuk..what a !@#$%^&!!! Hey...come on lah. kalau bukan sebab dier, you takkan dapatlah apa yg you ada sekarang. kalau dulu masa dapat boleh snym sampai ke blkg telinga, kenapa sekarang banyak bunyik?


Lastly....


I

L0VE

T0

Be

MALAYSIAN...

(tabik spring siket pada pejuang2 dulu2 yang berjuang bermati2an demi keamanan dan kebebasan orang lain yg deyall sendiri tak pernah kenal.)




.T.E.R.I.M.A.K.A.S.I.H.



Tuesday, September 13, 2011

"Student life"

N0w, i become a student again...after..how much year eh??

Being student...student..student...
for de' beginning, trust me..it's so hard. why?
for some reasons, i reserve my comment..
tapi, before officially dpt offer letter dapat smbg dgree ney, mmg lah aku amat rindukan student life.

Cam pelik gak biler umor dah tua2 cmnie nak smbg study lg, tapi i hope it's worth it..insyaAllah.
member2 lain dah beranak-pinak n sedang kerja keras menambah harta, aku plak berada di sini (uitm perak) menambah ilmu..hoho..tapi, tak lama lah 3 thn niey..
pejam celik, pejam celik..dah habis pown..

Compare life masa dip dulu ngan skunk, it's totally different..
kalu dulu, everything's ready for me as a new student, tapi skunk?tak dapek den nak nolong doh...
tapi, bile kita berusaha n bertawakal pada-Nya..insyaAllah..He always with us every minutes...
Trust me...

Okay..it's now time to focus on my study n forget bout "benda merapik2" yg membuang segala masa n tenaga kuh....tak mendatangkan faedah pown.
kalu fikir pown, jgn lebih 5 minit, sbb nnt banyak benda laen terbengkalai...
okay...see you next time...

ADIOSSSS....assalamualaikum...

"aku yg mencoretkn dari uitm seri iskandar"(hahaha..ayat p0y0)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...