Saturday, December 31, 2011

Last Entry for 2o11


.. Assalamualaikum ..

Tepat 12.01 tgh malam nie, akan mulalah tahun baru ntk 2o12.
Wonder what will happen during dats year.
And hopefully, sume yg bakal jadi next year adalah baek2 belaka.n if something bad happen, i hope ada rahmat sebaliknya.
AMIN
Okeh..let's do some 'imbasan' for what happen sepanjang tahun nie.


1. Aku dapat sambung blaja balik after several year aku tangguhkan.

2. Eda dah abeskn degree dier after 4 years jadi student kat nilai tue ha..alhamdulillah. dapat jgk dier abeskan pengajiannyer n da dapat keje pown.

3. Aku x ingat Shukri smbg degree this year ataw last year, tapi aku seronok die dpt smbg degree..

4. Aku sedey giler b'pisah ngan kawan2 lame kat tmpt keje dulu. walaupn kengkadang bengang ngan deaorang, tapi aku taw, aku seronok bila ada ramai 'kakak' yg prihatin ngan aku nie.

5. Tahun nie, family aku dpt beli kereta..our first car.alhamdulillah.

6. My l0vely cousin meninggal..and aku btl2 terkejut.tapi aku redha.

7. Aku dpt jadi org perak sekejap smntr blaja nie, n dapat merayap ke lumut. i like!!!

8. First time in my life, aku jadi pengapit kowt..thank to cik sue for giving me peluang itoo...

9. Aku otw dapat lesen..ahahaha..

10. Aku dapat 'kenal' balik ngan mmber lama yg recently buat jiwa aku kacaw-bilau..adohaiii...


Aku rase itu jelah kowt yg jadi kat aku during this year.
Ade lagi kot, tapi aku da ingat2 luper.
Apa-apa pown, takde benda yang too good or too bad happen dis year pown.
Okeh, aku dah malas nk membebel.
Nanti aku bwat entri pasal apa aku nak tahun 2o12 plak..
See you around...

*suka tengok firework..blh bwat aku senyum sensorang*

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Saturday, December 24, 2011

Let's Play With Numbers (B.o.D)


.. Assalamualaikum ..



"RAHSIA TARIKH LAHIR"


Tarikh lahir kita blh menentukan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. kalau nak tahu nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. nombor nie tak melambangkan sepenuhnya kita siapa, tapi cuma mempelbagaikan pilihan kita jer..

Contoh:

12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
30 ogos 1981
30+8+1981=2019
2+0+1+9=12
1+2=3( jadi number laHIR ADALAH 3)

so, dah taw no anda berapa kan?check kat meaning number kat bawah ni pulak...


1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasiyang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.


9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

p/s : samada betul ataw tidak, hanya kita sendiri yg tahu kita sebenarnya macam mana orgnya..


Monday, December 12, 2011

Apa Salahnya??


.. Assalamualaikum ..




Apa salahnya kalau tak berapa pandai dalam pelajaran?

Apa salahnya tersalah pilih kawan?

Apa salahnya saya tak cantik macam perempuan lain?

Apa salahnya abah saya seorang pengawal keselamatan?

Apa salahnya kalau masih single walaupun umur dah bertambah saban tahun?

Apa salahnya kalau saya buta IT?

Apa salahnya kalau jiran sebelah rumah memekak tengah2 malam buta?

Apa salahnya saya jatuh cinta dengan orang yang family tak suka?

Apa salahnya CGPA saya tak melayakkan saya dapat Dean List?

Apa salahnya baju2 saya bukan branded?

Apa salahnya kalau saya tak nak ikut cakap orang lain?

Apa salahnya saya nak vote banyak2 untuk artis pilihan saya supaya dia boleh menang?

Apa salahnya nak pakai seksi2?Bold

Apa salahnya saya jadi pelukis jalanan?

Apa salahnya kalau saya suka pakai selipar jepun pegi kelas?

Apa salahnya saya pakai handfon cap ayam?

Apa salahnya kalau saya lebih suka baca paper dari online?

...
...
...
...
...
...

*There's nothing wrong with it. Because....it is part of life journey*
"enj0y ur life the way you want"


Monday, December 5, 2011

Busy Sangat Nie...


.. Assalamualaikum ..

Lately, aku memang tak lekat kat umah sewa. walaupun banyak asignment n test menunggu, tapi komitmen laen telah bwat aku betul2 penat...
Kalau last week aku 'mengapit' cik sue di johor, this week plak aku 'berkonvo' di PICC.
*bukan aku konvo pun, adik aku yang konvo..aku menyibuk jerk..*

Hari Sabtu, pepagi lagi dah sebok kat pesta konvo adik. tapi, bukan 1, 2 jam aku kat situ. sampai ke petang..yelah, sesi photoshoot (poyos jer) tak sudah2..actually, aku lagi suka...haha...
Abes jer konvo, aku together with mom n lil' sista balik kmpg..dah la sardin dalam train, badan penat, dalam bas ke kmpg lagi lah sardin..*nasib baik dapat duduk*
Sampai umah ingat nak buat lagi lah asignment, tapi...mana blh aku buat derk je kat tilam+bantal...
Sudahnyer...besok baru aku buat asignment....hmmmm....

Esoknyer, aku ade wedding kawan yang nak kena attend..so, aku tak dapat la nk tido lelama..
*sedey sangat...huhuhu*
Around 12 pm, cik driver aku pown smpi..saper lagi..si Fallen Angel tu lah..datang ngan BB kesayangan dier...
Lama gak tak jumper mak cik nie..macam da kurus plak aku tengok..
Then, kiteorang pegi makan nasi minyak kat Beting..
*thank Azmi for inviting me to ur wedding..selamat pengantin baru*

Disebabkan aku punyer flight (haha...sekali lagi aku berangan, padahal naik bas jer) kol 6 ptg, cik Fallen Angel tu mengajak aku pegi kampung die kat Sri Menanti. aku tada hal..ikot jer..
Sampai sana, kiteorang jadi orang kampung kejap.
Walaupun dalam keadaan ayu berbaju kurung, aku ok jerk panjat pokok rambutan. mak cik sorang lagi tu lagi best. siap menebas rumput lagi...hahaha..
Ohh ye..kete si Ana tu akhirnya penuh ngan rambutan, ciku, kundang and yang paling best..PETAI...*ni tuan BB lah punyer pasal nie*
*haha..miss tuan BB plak tetiber*


ana..aku ciplak gambar ko kt fb..*ko tak marah kan?haha*


Then, we move on to Ulu Bendul..jalan2 cuci mata n lepak sebentar di tepi sungai..rasa cam nak berendam jer dalam sungai 2, tapi malas la...nnt tak dapat balik perak...
Lepak2 cmnie memang aku jarang amalkan. Kenapa?sebab aku takde port best n takde mmber yg btl2 aku blh msk sesangat...*sorang2 ape de hal?*

Ok..time's up nak merewang2 lagi..aku nak balik perak plak..
Dalam bas aku dok ngan uncle chinese ney..memula bwat hal sendiri. pas2 aku boring, aku tegur dier..ramah gak lah orangnyer..sampai die beli roti pown nak share ngan aku..haha..
Btw, dari apa yang die cerita, aku respek ngan dier. walaupun die blaja tak tinggi n kerja kontrak jer, anak2 die pandai.
Masa die nak turun kat ipoh die cakap camnie...


"selamat tinggal. belajar bersungguh-sungguh"


Alahmak...nie baek punyer reminder nie..
Cikgu lama aku yang aku jmper kengkadang pun takde cakap cm2, orang yang aku baru kenal plak bagi nasihat kat aku..huhu..terharu...thankz uncle...
Okeh..that's all for 'my busy day'..

Next time, aku post entri pasal hari 'relax' aku pulak..


Wednesday, November 30, 2011

Monday, November 28, 2011

Wedding cik Suhyeda


.. Assalamualaikum ..
Last week aku attend wedding my friend, Suhyeda kat Kluang, Johor.
Actually, aku pengapit cik missi nie, dats why aku sebolehnya datang wedding dier.
Aku pun tak nak hampakan dier, coz it's her big day..plus, she's my frend by the way..

Lepas ikut majlis die dari mula2 sampai abes majlis, termasuk gi menyemak kat sesi outdoor photoshoot, aku sedar..HAL NIKAH KAWEN BUKAN SEMUDAH "will you marry me?"
Banyak perkara nak buat, banyak masalah akan timbul, banyak orang terlibat, banyak hati kena jaga n lagi banyak isu, lagi bermakna majlis tu..
0ne things yang aku suka adat orang johor ni is masa sesi baling syiling n gula2..meriah n majlis tue jadi lebih bermakna.

Okeh..no more merepek2..jom, tengok gambar2 yang x seberapa nie k?

Princess of the day, cik Suhyeda..thankz for inviting me to be ur best maid.
u lo0k sgt cantek for ur big day....


Saat cik abang menanti untuk disatukan..cik adik dok dalam bilik jer.
Aku pulak yang penat nak tunggu lelama..


Lepas acara akad nikah..
Sesi berfoto2 plak...


Selepas acara khatam Al-Quran n berzanji. aku suka part nie..walaupun hanya bertindak sebagai tukang pegang mic, it's nice to be part of it..


Pelamin hasil dekorasi kak comel Suhaida..


Me and cik sue...oppss..puan suhyeda...suka pic nie sesangat.


Selamat Pengantin Baru to abg Iskandar and his wife, Suhaida.
May Allah bless your wedding now and forever.
And may our friendship won't meet full stop.

".Hidup penuh cabaran dan dugaan.Untuk melaluinya perlukan banyak kesabaran dan keimanaN."


Thursday, November 24, 2011

Aku Sangat Tertarik...

.. Assalamualaikum ..

Aku jarang suka sesuatu tue sangat2. sebab apa?Aku sendiri pown tak tahu kenapa.
Tapi yang pasti ada several things yang boleh bwat aku dok diam2 n fokus pada perkara yang menarik perhatian aku tu..antaranya...

  • Aku sangat suka dengan suara orang azan yang sedap. tiap kali aku dengar suara orang azan yang bagi aku menarik, msti aku dengar azan tu sampai habis. and of course, aku nak tahu sesangat sapa orangnye. seingat aku, ad sorang ustaz kat kampung aku yang suaranya sangat merdu bila azan. tapi, skrang die dah "pencen" ..dah tak boleh azan lagi..

  • Suka sesangat ngan orang lelaki pakai baju melayu. nampak macam...smart, hensem(walaupun tak lah kacak mana pown), baek n ntah lah..i juz like it...yelah, bukan selalu orang lelaki nie blh pki bj melayu, kalu ladies and baju kurung tu normallah...

  • Aku jadi touching biler baca, tonton, ataw alami meaningful situation related to family. aku sangat2 menghargai hubungan kekeluargaan. bagi aku, family is far2 away berbeza ngan kawan2, boyfriend, girlfren, jiran n laen2 lah..dats why aku tak boley terima biler baca paper pasal hal2 giler yang jadi dalam family, mcm abang rogol adik, anak bunuh parents, nenek kena rompak ngan cucu..hello, itu family korang kay?dah giler ape?

  • Aku amat menghargai sikap prihatin seseorang kepada orang lain.isn't that nice bile kita dapat tengok betapa prihatinnya individu itu kepada orang yang dia tak kenal?n kalau kenal pown lagi baek sebenarnya..die buat semua nie atas dasar apa?tak lain tak bukan perikemanusiaan. contoh macam ada gadis cina payungkan si pengemis sewaktu hujan lebat ataupun budak sekolah bantu si buta melintas jalan...

  • Aku suka dengan orang yang sangat2 memahami. bukan senang nak buat benda nie. n kalu ada orang yang boleh faham orang lain pown, bukan setiap masa dia akan faham. benda ni sbnrnya amat penting dalam hidup berumah tangga. juz imagine kalau suami baru balik dari keje penat2, isteri dok membebel bil broadband tak bayar lagi..tak ke hangin kawan tu. silap hari bulan dapat penampar free..

  • Aku jugak kagum ngan orang yang boleh terima orang lain seadanya. aku tabik springg lah ngan orang macam ni. honestly, aku bukan dalam kategori nie. aku tak lah sehebat mereka2 yang baek nie, tapi aku tahu yang aku ada reasons kalau aku tak boleh terima orang tertentu. macam couple dalam pic nie. rasa2 kenapa si gadis jelita nie suka sesangat ngan lelaki nie??


Saturday, November 19, 2011

My Cousin's Wedding


.. Assalamualaikum ..

Date paling chantek untuk tahun nie adalah 11.11.11 bersamaan hari jumaat. memang ramai bakal2 raja sehari yang akan pilih tarikh nie untuk hari bersejarah mereka. one of them is my cousin. Dia nikah jumaat tu, n bersanding hari berikutnya.

Kebetulan, time tu tgh cuti pertengahan semestar, so dapatlah aku attend wedding cousin aku nie. the best part pasal majlis nie ialah...my family go by our own car..seronok sesangat...haha..

Okeh, enjoylah gambar2 sekitar majlis 11.11.11 from seremban nie..


Gaya orang nak pegi kenduri kahwin..baju ikut tema takdo, so pakai je apa yang ado..


My family bergambar kenangan ngan pasangan mempelai.lagi 2 orang adik aku mane ntah peginyer...ni pic control ayu namanye k?


Familiar tak ngan mamat baju hitam dalam pic nie?Haha..thanks to my cousin. dapat aku jmper khairi jamaludin in person..


Chantek kan cousin i?huhu..congrat kak ja..hope ur wedding last forever..cepat2 dapat baby k?


Suka pelamin nie..simple tapi tetap meriah..



Extra : meja pengantin, the bed, hantaran pihak perempuan, hantaran pihak lelaki


Okeh..that's all for the wedding day..next time aku post gambar wedding orang laen pulak..
*wedding sendiri pown tak taw biler boleh post..huhu*


Sunday, November 6, 2011

Selamat Berhari Raya


.. Assalamualaikum ..


Selamat menyambut hari raya untuk yang kedua kalinya tahun ini.
walaupun tak semeriah raya puasa, semangatnya tetap terasa waktu pergi sembahyang raya. (duit raya pown iera dapat k?)

Makan hidangan raya tu ingat2lah sikit. jangan over sangat, nnt sendiri jugak yang susah..
okeh..have a nice raya...

Friday, November 4, 2011

Spread The Love


.. Assalamualaikum ..


"It takes a minute to have a crush on someone,
an hour to like someone,
a day to love someone,
but it takes a lifetime to forget someone"

"If you love something, let it go,
if it comes back to you, it's yours,
if it doesn't, it never was"

"If i could reach up and hold a star for every time you've made me smile,
the entire evening sky would be in the palm of my hand"

"To love is nothing,
to be love is something,
to love and be love is everything"

"Love start with a smile,
growth with a kiss,
and end with a tears"

This word quotes from somebody else,
but from me...
"SAYANG KORANG SANGAT2"

Saturday, October 22, 2011

Hangout to Lumut, Perak


.. Assalamualaikum ..

Semalam iera n friends ronda2 lumut sambil posing tahap tak nak balik. penat memanglah penat coz baru balik dari kelas. tapi, demi hasrat kengkawan punyer pasal, wa tada hal beb!! papepun, memang berbaloi sebab nie first time kuar bersama2 n gi tempat cantek plak tu..ok. enjoy photo2 gediks kami...


Ini lah orang2 nyer yang dok suka-suki menempel muka kat Lumut semalam.
Pose tak kira tempat, malu dah tak pedulik lagi!!


Miss Azfaazwanie a.k.a wan..nie...orang ip0h jugak pown.tak jauh manelah..


Izzati a.k.a zatie. single but not available k?


Takkan tak kenal kowt?tuan punyer blog a.k.a "i like this topi"


Cik Pieka chayunk. our tourist guide for de day..


Ini Dayah, classmate iera. penang malii....


Next band of M-p0p yang manis, sopan lagi bertudung..pose masing2 tak boleh blah pulak kan?


Iera suker giler gambar nie. background nyer mmg blh wat cover majalah lah nie.haha...


Our "candid" photos...hahaha. kelakar giler biler ingat balik bout miss-tak-tentu-hala kamera2 kita tadi...

Thursday, October 20, 2011

Jodoh - Rahsia yang rahsia


Soal jod0h adalah rahsia Allah yang kita semua tidak tahu apa2 tentangnya.
Bila, siapa, bagaimana...soalan2 nie memang kita perlukan jawapannya, tapi kita takkan tahu melainkan masanya telah sampai.

Kalau inginkan jodoh yang baik, kita mintak pada-Nya.

So, amalkan doa dibawah n semoga jodoh kita tue nanti mampu mengiringi kita mencari jalan syuga...Amin...





Monday, October 10, 2011

Katy Perry vs Zooey Deschanel



KEMBAR?
Iera suka sesangat..hoho..ingat tak entri pasal anak kembar artis hollywood dulu yang iera pernah buat?hahaha...sajer jer nak tayangkan gambar anak2 retis Barat yang kiut miut nie.

Ada jugak orang yang dilahirkan bukan kembar, tapi looks like kembar.
Yelah, manusia nie ada 7 orang yang serupa, right?

Nie nak tunjukkan this two gojes ladies yang looks alike.
Memang hampir serupa deyall nie.
Siapa?
Jom tinjau-tinjau...


Katy Perry dan Zooey Deschanel..serupa kan?


Ini lagi gambar deyall. Boleh anda bezakan?


Serupa lahh deyall nie..i like.....




This is Katy Perry..(merah menyala y0u!!) Cun, tapi sorry, Iera lagi prefer kak Zooey..haha



Antara dua minah cun niey, aku suka lagi ngan Zooey Deschanel nie.
Cumel, cantik, and lakonan dier pon best...


Thursday, October 6, 2011

Lelaki Pertama Dalam Hidup Iera


Ikatan unik memberi berjuta makna

Hari ini, 6hb Oktober, genap setahun perginya seorang lelaki yang paling iera sayang dalam hidup. dia lelaki pertama yang iera kenal. dia lelaki pertama yang sanggup buat segala benda n sanggup bersusah payah untuk iera. he's my man. he's my FATHER, Munawir bin Abd Wahab.

Setahun yang lalu, pada tarikh yang sama seperti hari nie, iera diselubungi kesedihan yang sukar iera terjemahkan dalam ayat. iera tak lagi dapat berjumpa dengan ayah iera. iera tak dapat lagi ambil gambar die atau pergi mana2 dengannya.

Ayah iera pergi akibat sakit radang paru2. terus-terang iera katakan, iera cukup sedih dengan hidupnyer beberapa bulan sebelum pemergian arwah. iera takkan spesifikkan apa yang dah jadi, tapi cukuplah iera katakan, if only i can reverse the times. iera tak suka dan tak harap benda2 buruk jadi kat arwah atau family iera, tapi dugaan Allah tak siapa dapat menyangka.

Some notes for you...ayah...

Kau banyak berkorban untukku
Kau utamakanku lebih dari segalanya
Kau membuatku rasa sempurna walaupun tanpa kemewahan
Kau mengajarku erti hidup dalam caramu sendiri
Kau tetap ada dalam hari2 ku...

Maafkan ku andai aku bukan anak yang baik padamu
Ampunkan ku jika aku mengguris hatimu
Halalkan segala2nya yang pernah kau beri padaku...

Aku berjanji akan sentiasa mendoakanmu
Aku akan selalu menyayangimu
Aku akan membelamu bila ada yang membuangmu
Aku akan membuat kau bangga walau kau tidak bersamaku...

Sememangnya, iera tak pernah lupa pada arwah. bila iera tiber2 teringatkan arwah, iera akan menangis tanpa segan silu. kadang2 iera harap ayah ada bersama2 iera terutama bila iera gembira. tapi, Allah lebih menyayangi arwah. semoga arwah ditempatkan dengan orang2 yang beriman. Amin...

Satu saja yang iera nak pesan, sayangi keluarga anda ketika mereka masih ada. kerana ia bukan macam kawan2 yang datang dan pergi dan kehilangan mereka pasti tiada ganti...

(sila sedekahkan surah Al-fatihah bila anda membaca coretan ini)..tQ..

Tuesday, October 4, 2011

Kese0rangan




Andai dirimu keseorangan kala ini, tanpa teman di sisi, janganlah bersedih kerana anda tidak pernah ditinggalkan bersendirian oleh Dia yang setia menemani, menjaga dan mendoakanmu setiap detik. Carilah Dia dalam setiap hela nafasmu.


Friday, September 30, 2011

Aku nak kahwin pada tarikh 11.11.11!!


Kebanyakan couple mesti pilih nak kahwin tarikh yang cantik kan? contoh macam 10.10.10 atau 09.09.09. yelah, sekali seumur hidup kan. untuk tahun 2o11 nie, of courselah 11.11.11. tarikh nie memang cantik esp bila jatuh hari jumaat. kalau boleh, nak lah ambik berkat pada hari penghulu hari...

Actually, iera belum nak kahwin lagi..hahaha..saja buat tajuk cenggini. bukan iera pun yang nak kahwin, tapi "kawan" kita nie (entah sape2 entah) yang obses kot dengan tarikh cantek nie.

Tak percaya? tengok nie...


nota sang penulis


Iera jumpa note nie masa tengah belajar law. dieorang tulis atas meja yang iera guna tu. korang nampak ngan jelas tak? takpe, iera bagi jelas kat korang.

Masa : 11.11 pagi
Mas kahwin : RM 11.11
Tarikh: 11.11.11
Hantaran : RM 11.111.11

Die dah siap prepare dah masa, mas kahwin, tarikh n hantaran berapa nak bagi. ish..ish..ish.. korang ni pun. datang uitm nak belajar ker, nak cari calon? tahu lah student kat ipt nie kadang2 ramai yang single n available. jangan kantoi n tak dapat grad sudah.

Okey, kepada student2 out there, jangan foll0w "jejak" si penulis nie, ok? follow blog iera, tue takper..hahaha...

*kalau kawin tarikh cantik, tapi rumahtangga tak secantik rumah pun nak bwatper kan?*


Wednesday, September 28, 2011

Si Gadis Menanti Prianya


Suatu hari, seorang gadis (A) mendapat panggilan daripada seorang kawan (B) :


A & B : Bla..bla..bla..bla...

B : Nanti jangan lupa eh datang wedding aku.

A : Mana blh luper, kau kan kawan aku.

B : Yelah, kalau kau tak datang, kita putus kawan!(dalam nada serius)

A : InsyaAllah, aku datang.

B : Kau pulak biler nak akhiri zaman bujangnyer?

A : Belum sampai seru...(perlahan jer bunyiknyer)

B : Eleh, kau yang memilih sangat. Mamat Honda Civic tu dengarnya frust giler bila kau rejek dier, betul ke? Apa citer?

A : Yeke? Aku tak tahu pulak. Aku bukan tak suka die, tapi.....

B : Tapi....?

A : Entah, aku pun tak tahu apa yang aku cari bila datang bab2 cenggini.

B : Jangan lama sangat cik adik ooi. Nanti jadi andartu, lagi naya.

A : Tahu lah dia tu nak jadik puan tak lama lagi, janganlah perli2 plak.

B : Aku gurau jelah. Aku kadang2 risau tengok kau. Aku kalau boleh nak kawan aku nie ada seseorang yang boleh jaga kau. Kau tu...

A : Aku apa? Banyak bunyik pulak minah nie. InsyaAllah, nanti kalau aku nak kahwin, aku inform satu Malaya okey? Aku banyak kerja nie. Nanti kita borak lagi. Assalamualaikum.

B : Waalaikumsalam...


Apa yang dicari oleh si gadis dalam memilih pasangan?
Walaupun si gadis itu sendiri sebenarnya tidak tahu apa yang dia mahu, tapi dalam hatinya dia pasti mahukan yang...

  • Telah ditakdirkan khas untuk dirinya.
  • Lelaki yang boleh menjadi imam dalam semua perkara sepanjang hayatnya.
  • Lelaki yang selalu ada untuknya.
  • lelaki yang mencintai dirinya kerana Tuhannya.
  • Lelaki yang boleh memimpinnya mencari jalan ke syurga.
  • Seseorang yang bersamanya semasa susah ataupun senang.
  • Yang memilih pasangannya bukan kerana rupa, harta ataupun fizikalnya.
  • Bukan yang berharta, tapi yang akan bersama2nya mengumpul harta untuk mereka berdua.
  • Lelaki yang tahu tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga.
  • Lelaki yang baik kepada gadis yang baik.

Dapatkah si gadis mencari lelaki seperti yang diinginkan olehnya?



"Bukan lelaki sahaja yang perlu mencari wanita idamannya, wanita juga perlu berbuat perkara yang sama kerana lelaki yang baik umpama sekeping syiling emas dalam timbunan syiling perak"


Monday, September 26, 2011

Bibir pecah??



Korang pernah tak alami camne rasanyer bile bibir pecah akibat kering n then ia mengelupas? iera pernah n sampai satu tahap tue berdarah n luka. pedih nyer tok sah cakap lah. memang seksa sangat2 sampai ada sekali tue time kluar gi pasar malam, orang tengok semacam jer. iera rileks jer, tapi rimas biler orang asyik dok pandang kita serupa kita nie alien yang sesat n pakai baju clown tengah2 orang ramai.

Selain kurang minum air (memang malas kadang2), ada satu sebab yang iera confirm penyebab kenapa bibir iera jadi teruk tahap cenggitu. sebabnya...iera memang alah, alergik n tak boleh pakai segala jenis jenama pelembap bibir baik yang murah atau mahal. dari lipstik, lipbalm, lipsice and segala macam lips lah.

Tapi sekarang nie, iera memang pengguna setia untuk satu jenama pelembap bibir nie. bagi iera ia murah, selamat, n dijamin memang akan selalu ado dalam beg iera. nak tahu aper dier? iera guna yang ini....(sila skrol ker bawah....)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Incik "vaseline"


Iera start guna nie lepas alami episod mengerikan yang mana memang iera rase cam kalau pegi shopping mana2, n ade offer lipstik mahal dengan diskaun 90% pun iera takkan pandang sebelah mata lagi. memanglah kalau boleh every woman nak bibir merah bak delima ranum n cantik coz dapat menaikkan seri wajah. tapi, dalam kes iera nie, sorry to say. saya tak nak dah.

Bukan nak boikot segala usaha pengeluar lipstik2 sedunia, tapi kalau sendiri dapat susah sebab nak cantik, ape de hal? insyaAllah, iera tetap akan setia pada incik vaseline nie...haha..(agak2,boleh tak jadi duta vaseline?)

So, kalau korang ade masalah bibir kering macam kulit ular yang baru jer lepas dapat baju baru, korang try lah vaseline nie. insyaAllah, problem korang akan setel...


Friday, September 23, 2011

Seksi giler minah tu!!


Pernah tengok tak perempuan seksi? Tipulah kalau kate tak pernah. melambak girls out there yang suka, senang hati, gumbira, gedik n sewaktu dengannya bila aset2 kewanitaannya di saksikan oleh ramai orang esp kaum lelaki. kalau dulu, tok sah haraplah. memang ade yang akan lebam bijik mata. tapi sekarang, tak mintak nak tengok pun, terang2 dapat free show.

Kalau tanya pendapat iera apa rasa jadi seksi nie, i've no anwser for that Q. nak kata kampung pun, kata lah..asalkan iera tak dapat dosa bila berkeadaan seksi-meksi tak tentu hala nie. iera percaya satu benda. mula2 mata yang melihat memang lah akan rasa sy0k, teruja, n terliur sampai naek juling mata, tapi lama2 menyampah pun ada. yelah, bukan best pun tengok benda yang "tak halal" nie. kalau gurl tue halal pada kita, itu lain cerita.

Seseorang wanita yang cantik takkan mengizinkan diri dier menjadi bahan tontonan pada orang laen. trust me, korang yang suka pakai seksi-seksa nie mesti lama2 tak selesa kalau ada mata yg dok tengok berjam2. deorang nie bukannya puji aset korang pown, saja nak tambah dosa korang jer. tak caya?fikir lah sendiri. kata dah besar kan?

Kenapa agama menyuruh kita menutup aurat?banyak sebab dik ooi! salah satunya nak lindungi diri kita dari jadi mangsa jenayah manusia2 yang tak tahu makna dosa tu apa. mungkin ada jugak yang kata, "alah, yang bertudung litup pun boleh kena rogol!" Betul, saya setuju. tapi, ini sebagai langkah berjaga2. lagi pun yang paling berharga di antara yang tercantik ialah sesuatu yang tertutup. that's why lah hadiah selalu di balut cantik2, sebab ianya terlalu bermakna bagi si pemberi kepada si penerima. kalau main bagi macam tu jer, dah hilang lah nilai keistimewaan barang tu.

Paham dok apa yang iera bebel2 kan nie? tak faham, sudah!!



Kan cantik kalau pakai macam nie. Tak seksi pun kita tahu perempuan nie cantik.



Lastly, dosa memang sendiri tanggung, coz kubur laen2. tapi, this is one of my kewajipan as a khalifah kat muka bumi nie. it may take times, tapi jangan lama sangat. kita tak tahu bila kita akan dipanggil pulang oleh-Nya..wallahualam...



Monday, September 19, 2011

me..as a student..


Agak teruja jugak biler jadi student balik nie..wawawa..suka sangat sampai tak terkata (ada d0uble meaning x?) Awal2 sem nie tak banyak bebanan, n kelas pown belum masuk tahap serius petala ke 10. tapi kalu dah tengah2 sem nnti, sendiri mau ingatlah. nak nangis pown ado!! buat sementara waktu ni, iera boleh lagi bersantai-mantai sambil membayangkan berjalan2 di tepi pantai..tu yang hati senang-lenang sket tu..hahaha..


rupa budak skema yang tengah kusyuk menelaah buku tebal sampai tak perasan ade insan yg candid gambar dier...(boleh caya ker?)



kalau dah namanya dah takde keje, posing jerlah yang iera termampu buat. macam gambar ala2 blaja kat oberseas ajo..hahaha...


for now, inilah aktiviti masa terbuang iera n kawan iera. kami memang amat bohsan kalau ade gap lama untk next class n takde benda blh dibuat..okay, got to g0. next time, ceghita lagie...

p/s : iera suka giler gambar kad matrix kali nie. rasa nak frame kan jer kat umah..^_~


Saturday, September 17, 2011

Kebebasan tanpa Sempadan


16hb 09 2011 adlh tarikh yg bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia kerana on that day malaysian celebrate 2 peristiwa penting serentak iaitu Hari Malaysia and Hari Kemerdekaan negara Malaysia. tak dapat pergi tengok real depan mata pown, suasananya tetap terasa.

Apa jadi kalau negara kita serupa keadaannya macam negara2 luar yang bergolak n nyawa setiap satu rakyatnya berada di hujung tanduk?of courselah, tak merasa kita sambut perayaan pada 16 september dengan senyuman n rasa selamat setiap masa.

Personally, saya bukan setakat bangga jadi warga Malaysia, malah teramat bersyukur bila dalam banyak2 negara di dunia nie, saya terpilih memegang kerakyatan negara Malaysia...just imagine, i was born in Somalia, Afghanistan or Manila..omg..i don't even want to think about it..

Kalau kita rasa keadaan kita dah teramat susah, ada yang lbh susah n merana lagi dari kita. tapi kalau kita rasa keadaan kita dah selesa, senang n lebih baek drpd org laen, bersyukurlah..coz tanpa izin-Nya, kita takkan dapat rasa nikmat yang ada seperti sekarang..

I totally marah sangat kalaw ada antara org2 yang memburuk2kan orang yg banyak berjasa dirinya sendiri..in other word, depan senyum, belakang kutuk..what a !@#$%^&!!! Hey...come on lah. kalau bukan sebab dier, you takkan dapatlah apa yg you ada sekarang. kalau dulu masa dapat boleh snym sampai ke blkg telinga, kenapa sekarang banyak bunyik?


Lastly....


I

L0VE

T0

Be

MALAYSIAN...

(tabik spring siket pada pejuang2 dulu2 yang berjuang bermati2an demi keamanan dan kebebasan orang lain yg deyall sendiri tak pernah kenal.)




.T.E.R.I.M.A.K.A.S.I.H.



Tuesday, September 13, 2011

"Student life"

N0w, i become a student again...after..how much year eh??

Being student...student..student...
for de' beginning, trust me..it's so hard. why?
for some reasons, i reserve my comment..
tapi, before officially dpt offer letter dapat smbg dgree ney, mmg lah aku amat rindukan student life.

Cam pelik gak biler umor dah tua2 cmnie nak smbg study lg, tapi i hope it's worth it..insyaAllah.
member2 lain dah beranak-pinak n sedang kerja keras menambah harta, aku plak berada di sini (uitm perak) menambah ilmu..hoho..tapi, tak lama lah 3 thn niey..
pejam celik, pejam celik..dah habis pown..

Compare life masa dip dulu ngan skunk, it's totally different..
kalu dulu, everything's ready for me as a new student, tapi skunk?tak dapek den nak nolong doh...
tapi, bile kita berusaha n bertawakal pada-Nya..insyaAllah..He always with us every minutes...
Trust me...

Okay..it's now time to focus on my study n forget bout "benda merapik2" yg membuang segala masa n tenaga kuh....tak mendatangkan faedah pown.
kalu fikir pown, jgn lebih 5 minit, sbb nnt banyak benda laen terbengkalai...
okay...see you next time...

ADIOSSSS....assalamualaikum...

"aku yg mencoretkn dari uitm seri iskandar"(hahaha..ayat p0y0)

Thursday, August 18, 2011

kucingku makan aper tue?


Aksi si gem0k and ibunya makan durian...

check it out^_~



p/s : the last part is accidently action by 'someone'..she say "ha..ha..ha.."(tak sengaja lorr)


Wednesday, July 20, 2011

The time has c0me...


Alhamdulillah...selepas sekian waktunya aku menunggu, akhirnya dapat jugak peluang untuk sambung belajar sekali lagi. and of course, dalam course yang aku memang wish to apply. aku dapat sambung degree after several years i postpone it. patutnya, lama dulu aku sambung blajar, tapi, for some reasons, i couldn't make it.

Actually, this is my first time trial to apply for something yang memang aku dapat jawapan "ya" secara formal. before this, ada orang yang tolong. tapi, alhamdulillah, aku boleh buat. bukan maknanya aku 'manja' and mengharap orang tolong aku buat something sebelum ney, tapi mereka2 cukup baik untuk membantu...

So, this time, insyaAllah, i'll try my best to get the best...kalu tak boleh dapat result terlebih gempak pown, at least i still can be proud of myself. aku tak nak memain dah lepas nie..macam yg aku dok mention to my friends, "kalu keje, keje betul2..kalau cuti, cuti betul2"... so, in this case, aku nak belajar betul2 so that, aku takkan menyesal at the end of the day, because i've tried my best...just wish me luck, 0k?

*arghh...so much things to do...harap2nya dapat settlekan everything before the times come...*


Wednesday, July 6, 2011

Ku Bahagia - Melly

"KU BAHAGIA"


Di atas bumi ini ku berpijak
Pada jiwa yangg tenang di hatiku
Tak pernah ada duka yg terlintas
Ku bahagia

Ingin ku lukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia

(Korus)
Dalam hidup ini
Harungi semua cerita indahku
Saat saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang

Ku ingin nikmati
Semua jalan yang ada di hadapku
Kan ku tanamkan cinta tuk kasih ku agar
Ku bahagia

Sunday, July 3, 2011

welc0me JulY..


This month is a new month for this month..haha..merapik lagi..
Permulaan bulan julai nie dimulakan ngan something yang memang best sebabnyer:


  • As planned, me and my two lovely sisz, kak ecah n kak ema for the first time kuar tawaf together2. since 1 july is our off day, kiteorang merewang2 tawaf seremban. apa yang kiteorang buat that day?
    1. Menggunapakai kupon free yang dapat time family day kat pD itu hari n use it to makan free kat kFc sambil chit chat bout ".."(secret maaa)
    2. Then pegi wisma negeri teman puan ecah tu settle duit umah dier yang mana itu tanda dier seorang yang sangat responsible towards her family
    3. Before that, teman cik sabahan gi post office coz of her wealthy future business..amin..
    4. Menapak ke libraby seremban coz i need to pulangkan buku yang dah khatam i baca plus pinjam buku baru. cari punya cari, memang tak jumper buku yang dicari, coz i donno lah...arghh..geram pown ado. tapi takper, coz i dapat buku laen yang best sesangat.hahaha..
    5. Our final destination is to watch movie. since pilihan citer bez memang tak banyak, lastly after "tak kisah" scene among 3 of us, we decided to watch "Sekali Lagi". citer lakonan my fav actor, shaheizy sam, lisa surihani n si kecil mia sara memang berbaloi untuk ditonton. sampai ada orang tu touching tak habis sambil menyorok behind her sweater..hahaha..sori sis, i tergelak pulak...
    6. Then, kami naek bas yang same untuk balik. but, i turun dulu n meninggalkan 2 sista yang belum nak turun lagi...memang bez biler sometimes kuar ramei2 ney, coz aku lebih prefer kuar sorang sebenarnya, ditambah lagi ngan banyak yang blh dibuat together.

  • Itu satu activity bez for that day, tapi yang lagi bez ialah malamnyer..kenapa and apa dia?hahaha...i like this moment most. malamnyer, macam yang diplanned by my lil' brother, we kuar together gi tengok TATU PDRM & ATM kat stadium paroi. masa die mula2 ajak tu, memang aku nk sesangat pegi. yelah, kalau dah cuti tue, cutilah sungguh2 and kalu time keje tu, kejelah sungguh2, ye tak? okay, balik pada sudden activity kiteorang malam tu. masa sampai kat stadium tu, memang ramei sangat orang. yelah, bukan selalu dapat pegi progm cmney. after park his motorcycle, kiteorang menapak ke dalam stadium yang penuh ngan orang itu..hahaha..peninglah jugak paler nie kejap. biler dah dapat seat, kami pown dihidangkan dengan acara yang first time buat aku senyum besar sampei ke telinga. aku betul2 seronok tengok acara tu. sambil mulut tak reti berhenti dari melantak sekilo buah mata kucing yang dibeli before kiteorang datang stadium tu, sambil tu jugaklah kiteroang bergelak ketawa, bercerita itu, ini (aku n adik lelaki aku ney bukan selalu leh dowk bercerita camnie) ..... banyak show yang ditunjukkan sepanjang tatu nie berlangsung, and i admit that if he didn't ask me to go here, memang satu kerugian walaupun aku tak suker die bawak motor lelaju tu...
Memang best ar hari tu. sampai tak lekat umah lah aku dibuatnyer. balik pown kejap jer before kuar semula.hehehe...itulah, sesekali sacrifice masa untuk buat orang laen hepi memang berbaloi-baloi. coz, kalu orang lain hepi, kita sendiri akan berganda2 hepinyer. like amy mastura said..yang penting kita happy...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...