Thursday, October 6, 2011

Lelaki Pertama Dalam Hidup Iera


Ikatan unik memberi berjuta makna

Hari ini, 6hb Oktober, genap setahun perginya seorang lelaki yang paling iera sayang dalam hidup. dia lelaki pertama yang iera kenal. dia lelaki pertama yang sanggup buat segala benda n sanggup bersusah payah untuk iera. he's my man. he's my FATHER, Munawir bin Abd Wahab.

Setahun yang lalu, pada tarikh yang sama seperti hari nie, iera diselubungi kesedihan yang sukar iera terjemahkan dalam ayat. iera tak lagi dapat berjumpa dengan ayah iera. iera tak dapat lagi ambil gambar die atau pergi mana2 dengannya.

Ayah iera pergi akibat sakit radang paru2. terus-terang iera katakan, iera cukup sedih dengan hidupnyer beberapa bulan sebelum pemergian arwah. iera takkan spesifikkan apa yang dah jadi, tapi cukuplah iera katakan, if only i can reverse the times. iera tak suka dan tak harap benda2 buruk jadi kat arwah atau family iera, tapi dugaan Allah tak siapa dapat menyangka.

Some notes for you...ayah...

Kau banyak berkorban untukku
Kau utamakanku lebih dari segalanya
Kau membuatku rasa sempurna walaupun tanpa kemewahan
Kau mengajarku erti hidup dalam caramu sendiri
Kau tetap ada dalam hari2 ku...

Maafkan ku andai aku bukan anak yang baik padamu
Ampunkan ku jika aku mengguris hatimu
Halalkan segala2nya yang pernah kau beri padaku...

Aku berjanji akan sentiasa mendoakanmu
Aku akan selalu menyayangimu
Aku akan membelamu bila ada yang membuangmu
Aku akan membuat kau bangga walau kau tidak bersamaku...

Sememangnya, iera tak pernah lupa pada arwah. bila iera tiber2 teringatkan arwah, iera akan menangis tanpa segan silu. kadang2 iera harap ayah ada bersama2 iera terutama bila iera gembira. tapi, Allah lebih menyayangi arwah. semoga arwah ditempatkan dengan orang2 yang beriman. Amin...

Satu saja yang iera nak pesan, sayangi keluarga anda ketika mereka masih ada. kerana ia bukan macam kawan2 yang datang dan pergi dan kehilangan mereka pasti tiada ganti...

(sila sedekahkan surah Al-fatihah bila anda membaca coretan ini)..tQ..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...