Thursday, March 29, 2012

Public se-pe-king.


.. Assalamualaikum ..


Hmm..baca tajuk pun dah seriau perut yg kebetulan kelaparan nie..uhu. FYI, sem ni sem banyak bercakap okeh? kenapa? Lots of individual presentation+public speaking wajib untuk mereka yg memang bergelar pelajar. hmm..public speaking tu maksudnya berucap di khalayak ramai untk menyampaikan sesuatu. 


Hmm..yang beria2 nak suruh kitaorang ber-public speaking n bercakap sorang2 kat depan orang ni nape?  i malu taw tak?(huh??)

*see..menggigil kepala lutut saya...*


Okeh..mari kita tgk apa pentingnya public speaking nie:


1. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi. maknanya, bila semakin banyak kita bercakap di hadapan orang ramai, kemahiran berkomunikasi semakin baik. plus, ia boleh mengatasi mslh malu, kurang keyakinan diri n yg plg pntg..bagi pengalaman baru.


2. Membantu mengatasi rasa takut dalam diri. kenapa plak eh? bila kita buat public speaking, kita cuma perlu sampaikan apa yg kita nk cakap je. yg lain, tak penting. lagi banyak buat public speaking, lagi kurang rasa takut (takut cakap depan org ramai).


3. Membantu dalam pembentukan personaliti. bila seseorang boleh buat public speaking dengan baik, rasa kepuasan tu memberi satu keyakinan kepada kita. ditambah respons yg memberangsangkan dari penonton, laen kali, korang mesti nak buat lagi lah public speaking.


4. Inspire others. melalui subjek atau topik yg kita sampaikan, ia boleh mempengaruhi orang lain jugak. dari public speaking yang disampaikan, orang lain sedikit sebanyak akan termotivasi dengan apa yg disampaikan.


5. Meningkatkan kemahiran membuat kajian. maksudnya, bila nak bercakap depan org nie, bukan boleh main cakap je kan?nnti malu sendiri. so, bila disuruh buat public speaking, kita mesti buat research about the topic. semakin banyak buat public speaking, semakin kita biasa dengan proses cari bahan untuk presentation.


By doing public speaking, you'll gain a lot as much as you fear a lot.(uhuu..tak0tnyer!!)


*Kepada kawan2, selamat ber-public speaking
*And kepada saya sendiri, jangan merapik2 okeh?org tak suka dgr...


that's aLL. thank y0u for reading..

Saturday, March 17, 2012

Ku cari dia dalam jagaku.


.. Assalamualaikum ..


siapakah dia?
yang berselindung di balik bayang-bayang Adam.




andai si dia yang ku nanti selama ini,
dekatkan hati ku padanya.
bukakan pintu hati ini seluasnya kepada si dia yang menanti.
andai dia jodoh yang tertulis di Loh Mahfuz untuk diri ini,
permudahkan urusan kami.


Tuhan,
agar dia tidak jemu menjadi penunggu yang setia,
hiburkan hatinya dengan janji-Mu ya Tuhan.
penuhi dadanya dengan iman dan taqwa,
lengkapi dirinya dengan keindahan-Mu,
ceriakan hari-harinya dengan warna pelangi ciptaan-Mu,
dorongi dia menuju cinta kekal abadi milik-Mu.


supaya nanti..
dia bisa menjadi imam dalam hidupku,
dia kental mengharungi dugaan dan cabaran-Mu bersama-samaku,
dia tidak jemu melindungi dan mencintaiku selamanya,
dan..
aku tidak pernah menyesal memiliki dia,
aku tidak akan mampu menjauhi dia walau sesaat,
aku juga tega mencintai dia sebagaimana dia mencintaiku.


Ya Allah.
ku pohon setulusnya dari-Mu.
tumbuhkan rasa cinta ini untuk dirinya,
pelihara cinta kami dari noda dunia,
bimbing kami menuju syurga yang dipenuhi cinta-Mu.


Okeh.that's aLL..thank you for reading.

Tuesday, March 13, 2012

Benci...sesangat!!


.. Assalamualaikum ..

Pernah tak dalam sehari hati korang rasa sakit sangat2?
Sampai dah takde word yang boleh korang ucapkan dek kerana rasa marah+sakit ati+benci+tak suka tu semua macam dah takde ubatnye lagi?


*muka marah ni..grrr...*


Ada?well..welcome to de club.
Recently, aku rasa benci sangat2 kat someone yang aku dah tak boleh nak gambarkan apa yang aku akan buat kalu jumpa dia nanti..well, in the first place, memang salah aku pun sebenarnya. salah aku jugak buat die macam tu. Mungkin dia marah jugak..who knows right?
Might be salah aku, might be dia pun ada 'saham' dalam emosi aku yang tak-tentu-hala ni. Tapi, one thing for sure.. kalu hati dia keras, hati aku lagi keras!!


Tapi...sebenarnya kan..kan..kan..
Penat taw tak benci2 kat orang nie?dah lah hati sakit, muka berkerut 30 ribu kerut, buang masa n keje lain confirm2 lah tak jalan n macam2 la peel bila marah gila kat orang lain nie..
Actually, bukan tu sebenarnya aku nak sampaikan pon.


Pernah tak korang fikir...
Sebenarnya bila kita benci kat orang lain ni (tak kisahlah apa sebabnya pon), sebenarnya dia ada tempat dalam hati kita?yelah, kalau die takde tempat dalam hati kita, kita takkan ambik kisah langsung pon pasal dia...tak paham??okeh, sila buat research sendiri..


Last but not least...
pesanan khas kepada orang yang telah buat masa aku terbazir camtu je,
aku takder hal ko bwat aku camni n aku minta maaf coz aku benci ko..
aku pun malas nak layan ko. layan muvie lagi baek..

Okeh.that's aLL..thank you for reading.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...