Saturday, December 31, 2011

Last Entry for 2o11


.. Assalamualaikum ..

Tepat 12.01 tgh malam nie, akan mulalah tahun baru ntk 2o12.
Wonder what will happen during dats year.
And hopefully, sume yg bakal jadi next year adalah baek2 belaka.n if something bad happen, i hope ada rahmat sebaliknya.
AMIN
Okeh..let's do some 'imbasan' for what happen sepanjang tahun nie.


1. Aku dapat sambung blaja balik after several year aku tangguhkan.

2. Eda dah abeskn degree dier after 4 years jadi student kat nilai tue ha..alhamdulillah. dapat jgk dier abeskan pengajiannyer n da dapat keje pown.

3. Aku x ingat Shukri smbg degree this year ataw last year, tapi aku seronok die dpt smbg degree..

4. Aku sedey giler b'pisah ngan kawan2 lame kat tmpt keje dulu. walaupn kengkadang bengang ngan deaorang, tapi aku taw, aku seronok bila ada ramai 'kakak' yg prihatin ngan aku nie.

5. Tahun nie, family aku dpt beli kereta..our first car.alhamdulillah.

6. My l0vely cousin meninggal..and aku btl2 terkejut.tapi aku redha.

7. Aku dpt jadi org perak sekejap smntr blaja nie, n dapat merayap ke lumut. i like!!!

8. First time in my life, aku jadi pengapit kowt..thank to cik sue for giving me peluang itoo...

9. Aku otw dapat lesen..ahahaha..

10. Aku dapat 'kenal' balik ngan mmber lama yg recently buat jiwa aku kacaw-bilau..adohaiii...


Aku rase itu jelah kowt yg jadi kat aku during this year.
Ade lagi kot, tapi aku da ingat2 luper.
Apa-apa pown, takde benda yang too good or too bad happen dis year pown.
Okeh, aku dah malas nk membebel.
Nanti aku bwat entri pasal apa aku nak tahun 2o12 plak..
See you around...

*suka tengok firework..blh bwat aku senyum sensorang*

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Saturday, December 24, 2011

Let's Play With Numbers (B.o.D)


.. Assalamualaikum ..



"RAHSIA TARIKH LAHIR"


Tarikh lahir kita blh menentukan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. kalau nak tahu nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. nombor nie tak melambangkan sepenuhnya kita siapa, tapi cuma mempelbagaikan pilihan kita jer..

Contoh:

12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
30 ogos 1981
30+8+1981=2019
2+0+1+9=12
1+2=3( jadi number laHIR ADALAH 3)

so, dah taw no anda berapa kan?check kat meaning number kat bawah ni pulak...


1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasiyang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.


9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

p/s : samada betul ataw tidak, hanya kita sendiri yg tahu kita sebenarnya macam mana orgnya..


Monday, December 12, 2011

Apa Salahnya??


.. Assalamualaikum ..




Apa salahnya kalau tak berapa pandai dalam pelajaran?

Apa salahnya tersalah pilih kawan?

Apa salahnya saya tak cantik macam perempuan lain?

Apa salahnya abah saya seorang pengawal keselamatan?

Apa salahnya kalau masih single walaupun umur dah bertambah saban tahun?

Apa salahnya kalau saya buta IT?

Apa salahnya kalau jiran sebelah rumah memekak tengah2 malam buta?

Apa salahnya saya jatuh cinta dengan orang yang family tak suka?

Apa salahnya CGPA saya tak melayakkan saya dapat Dean List?

Apa salahnya baju2 saya bukan branded?

Apa salahnya kalau saya tak nak ikut cakap orang lain?

Apa salahnya saya nak vote banyak2 untuk artis pilihan saya supaya dia boleh menang?

Apa salahnya nak pakai seksi2?Bold

Apa salahnya saya jadi pelukis jalanan?

Apa salahnya kalau saya suka pakai selipar jepun pegi kelas?

Apa salahnya saya pakai handfon cap ayam?

Apa salahnya kalau saya lebih suka baca paper dari online?

...
...
...
...
...
...

*There's nothing wrong with it. Because....it is part of life journey*
"enj0y ur life the way you want"


Monday, December 5, 2011

Busy Sangat Nie...


.. Assalamualaikum ..

Lately, aku memang tak lekat kat umah sewa. walaupun banyak asignment n test menunggu, tapi komitmen laen telah bwat aku betul2 penat...
Kalau last week aku 'mengapit' cik sue di johor, this week plak aku 'berkonvo' di PICC.
*bukan aku konvo pun, adik aku yang konvo..aku menyibuk jerk..*

Hari Sabtu, pepagi lagi dah sebok kat pesta konvo adik. tapi, bukan 1, 2 jam aku kat situ. sampai ke petang..yelah, sesi photoshoot (poyos jer) tak sudah2..actually, aku lagi suka...haha...
Abes jer konvo, aku together with mom n lil' sista balik kmpg..dah la sardin dalam train, badan penat, dalam bas ke kmpg lagi lah sardin..*nasib baik dapat duduk*
Sampai umah ingat nak buat lagi lah asignment, tapi...mana blh aku buat derk je kat tilam+bantal...
Sudahnyer...besok baru aku buat asignment....hmmmm....

Esoknyer, aku ade wedding kawan yang nak kena attend..so, aku tak dapat la nk tido lelama..
*sedey sangat...huhuhu*
Around 12 pm, cik driver aku pown smpi..saper lagi..si Fallen Angel tu lah..datang ngan BB kesayangan dier...
Lama gak tak jumper mak cik nie..macam da kurus plak aku tengok..
Then, kiteorang pegi makan nasi minyak kat Beting..
*thank Azmi for inviting me to ur wedding..selamat pengantin baru*

Disebabkan aku punyer flight (haha...sekali lagi aku berangan, padahal naik bas jer) kol 6 ptg, cik Fallen Angel tu mengajak aku pegi kampung die kat Sri Menanti. aku tada hal..ikot jer..
Sampai sana, kiteorang jadi orang kampung kejap.
Walaupun dalam keadaan ayu berbaju kurung, aku ok jerk panjat pokok rambutan. mak cik sorang lagi tu lagi best. siap menebas rumput lagi...hahaha..
Ohh ye..kete si Ana tu akhirnya penuh ngan rambutan, ciku, kundang and yang paling best..PETAI...*ni tuan BB lah punyer pasal nie*
*haha..miss tuan BB plak tetiber*


ana..aku ciplak gambar ko kt fb..*ko tak marah kan?haha*


Then, we move on to Ulu Bendul..jalan2 cuci mata n lepak sebentar di tepi sungai..rasa cam nak berendam jer dalam sungai 2, tapi malas la...nnt tak dapat balik perak...
Lepak2 cmnie memang aku jarang amalkan. Kenapa?sebab aku takde port best n takde mmber yg btl2 aku blh msk sesangat...*sorang2 ape de hal?*

Ok..time's up nak merewang2 lagi..aku nak balik perak plak..
Dalam bas aku dok ngan uncle chinese ney..memula bwat hal sendiri. pas2 aku boring, aku tegur dier..ramah gak lah orangnyer..sampai die beli roti pown nak share ngan aku..haha..
Btw, dari apa yang die cerita, aku respek ngan dier. walaupun die blaja tak tinggi n kerja kontrak jer, anak2 die pandai.
Masa die nak turun kat ipoh die cakap camnie...


"selamat tinggal. belajar bersungguh-sungguh"


Alahmak...nie baek punyer reminder nie..
Cikgu lama aku yang aku jmper kengkadang pun takde cakap cm2, orang yang aku baru kenal plak bagi nasihat kat aku..huhu..terharu...thankz uncle...
Okeh..that's all for 'my busy day'..

Next time, aku post entri pasal hari 'relax' aku pulak..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...