Saturday, October 22, 2011

Hangout to Lumut, Perak


.. Assalamualaikum ..

Semalam iera n friends ronda2 lumut sambil posing tahap tak nak balik. penat memanglah penat coz baru balik dari kelas. tapi, demi hasrat kengkawan punyer pasal, wa tada hal beb!! papepun, memang berbaloi sebab nie first time kuar bersama2 n gi tempat cantek plak tu..ok. enjoy photo2 gediks kami...


Ini lah orang2 nyer yang dok suka-suki menempel muka kat Lumut semalam.
Pose tak kira tempat, malu dah tak pedulik lagi!!


Miss Azfaazwanie a.k.a wan..nie...orang ip0h jugak pown.tak jauh manelah..


Izzati a.k.a zatie. single but not available k?


Takkan tak kenal kowt?tuan punyer blog a.k.a "i like this topi"


Cik Pieka chayunk. our tourist guide for de day..


Ini Dayah, classmate iera. penang malii....


Next band of M-p0p yang manis, sopan lagi bertudung..pose masing2 tak boleh blah pulak kan?


Iera suker giler gambar nie. background nyer mmg blh wat cover majalah lah nie.haha...


Our "candid" photos...hahaha. kelakar giler biler ingat balik bout miss-tak-tentu-hala kamera2 kita tadi...

Thursday, October 20, 2011

Jodoh - Rahsia yang rahsia


Soal jod0h adalah rahsia Allah yang kita semua tidak tahu apa2 tentangnya.
Bila, siapa, bagaimana...soalan2 nie memang kita perlukan jawapannya, tapi kita takkan tahu melainkan masanya telah sampai.

Kalau inginkan jodoh yang baik, kita mintak pada-Nya.

So, amalkan doa dibawah n semoga jodoh kita tue nanti mampu mengiringi kita mencari jalan syuga...Amin...





Monday, October 10, 2011

Katy Perry vs Zooey Deschanel



KEMBAR?
Iera suka sesangat..hoho..ingat tak entri pasal anak kembar artis hollywood dulu yang iera pernah buat?hahaha...sajer jer nak tayangkan gambar anak2 retis Barat yang kiut miut nie.

Ada jugak orang yang dilahirkan bukan kembar, tapi looks like kembar.
Yelah, manusia nie ada 7 orang yang serupa, right?

Nie nak tunjukkan this two gojes ladies yang looks alike.
Memang hampir serupa deyall nie.
Siapa?
Jom tinjau-tinjau...


Katy Perry dan Zooey Deschanel..serupa kan?


Ini lagi gambar deyall. Boleh anda bezakan?


Serupa lahh deyall nie..i like.....




This is Katy Perry..(merah menyala y0u!!) Cun, tapi sorry, Iera lagi prefer kak Zooey..haha



Antara dua minah cun niey, aku suka lagi ngan Zooey Deschanel nie.
Cumel, cantik, and lakonan dier pon best...


Thursday, October 6, 2011

Lelaki Pertama Dalam Hidup Iera


Ikatan unik memberi berjuta makna

Hari ini, 6hb Oktober, genap setahun perginya seorang lelaki yang paling iera sayang dalam hidup. dia lelaki pertama yang iera kenal. dia lelaki pertama yang sanggup buat segala benda n sanggup bersusah payah untuk iera. he's my man. he's my FATHER, Munawir bin Abd Wahab.

Setahun yang lalu, pada tarikh yang sama seperti hari nie, iera diselubungi kesedihan yang sukar iera terjemahkan dalam ayat. iera tak lagi dapat berjumpa dengan ayah iera. iera tak dapat lagi ambil gambar die atau pergi mana2 dengannya.

Ayah iera pergi akibat sakit radang paru2. terus-terang iera katakan, iera cukup sedih dengan hidupnyer beberapa bulan sebelum pemergian arwah. iera takkan spesifikkan apa yang dah jadi, tapi cukuplah iera katakan, if only i can reverse the times. iera tak suka dan tak harap benda2 buruk jadi kat arwah atau family iera, tapi dugaan Allah tak siapa dapat menyangka.

Some notes for you...ayah...

Kau banyak berkorban untukku
Kau utamakanku lebih dari segalanya
Kau membuatku rasa sempurna walaupun tanpa kemewahan
Kau mengajarku erti hidup dalam caramu sendiri
Kau tetap ada dalam hari2 ku...

Maafkan ku andai aku bukan anak yang baik padamu
Ampunkan ku jika aku mengguris hatimu
Halalkan segala2nya yang pernah kau beri padaku...

Aku berjanji akan sentiasa mendoakanmu
Aku akan selalu menyayangimu
Aku akan membelamu bila ada yang membuangmu
Aku akan membuat kau bangga walau kau tidak bersamaku...

Sememangnya, iera tak pernah lupa pada arwah. bila iera tiber2 teringatkan arwah, iera akan menangis tanpa segan silu. kadang2 iera harap ayah ada bersama2 iera terutama bila iera gembira. tapi, Allah lebih menyayangi arwah. semoga arwah ditempatkan dengan orang2 yang beriman. Amin...

Satu saja yang iera nak pesan, sayangi keluarga anda ketika mereka masih ada. kerana ia bukan macam kawan2 yang datang dan pergi dan kehilangan mereka pasti tiada ganti...

(sila sedekahkan surah Al-fatihah bila anda membaca coretan ini)..tQ..

Tuesday, October 4, 2011

Kese0rangan




Andai dirimu keseorangan kala ini, tanpa teman di sisi, janganlah bersedih kerana anda tidak pernah ditinggalkan bersendirian oleh Dia yang setia menemani, menjaga dan mendoakanmu setiap detik. Carilah Dia dalam setiap hela nafasmu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...